Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!
Showing posts with label semester. Show all posts
Showing posts with label semester. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Bye-bye semester 3, hello semester 4!

Fuhhhh..berakhir sudah semester 3 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pentadbiran UiTM Shah Alam..

Lepas ni semester 4 akan berpindah ke kampus UiTM Seremban 3 pula.

Satu semester berada di kampus induk UiTM pelbagai kisah suka duka telah aku hadapi. Ape komen aku tentang Shah Alam? Haaa..aku akan bandingkan dengan kampus lama aku di UiTM Dungun (semasa diploma)

1) Kadar sosial
Kadar sosial di Shah Alam adalah lebih tinggi jika nak dibandingkan dengan Dungun. Biasalah, bandar kan? Fast food depan kampus. Kedai Mamak bersepah. Keluar tengah malam rilekkk aje. Kalau Dungun? McD nun jauhhhh di bandar. Kedai mamak? Susah weyy nak jumpe (ade ke??). Keluar tengah malam? Aisehhh..balik kampus lepas pukul 11 malam pun dah jadi satu hal.

2) Makanan
Pilihan makanan di Shah Alam tersaaangatlah banyak! Food court bersepah, harga berpatutan, aneka pilihan. Cakap je nak ape, semua ade! Harga pulak berpatutan. Biasalah, saingan banyak kan. So harga kenalah setanding :)

3)Kemudahan
Fuhh..library UiTM Shah Alam memang best! Buku banyak, bukak 24 JAM! Selesa, siap ade UniFi lagi! Ehh..rase nak tidooo je kat library tu :D

Hahaha..sekian dulu buat waktu nii..akan menulis lagi insyaAllah :)



















*bagaimana agaknye kampus baru ni ey? hmm.. :/

Monday, April 15, 2013

Selamat tinggal UiTM Dungun :(

*Entri kali ini, Tuan Tanah membahasakan diri dengan "aku".Penggunaan bahasa pasar dalam entri kali ini.

Habis sudah paper terakhir. Habis sudah subjek terakhir. Dan habis sudah semester terakhir.
Maka, secara tak rasminya aku dah jadi ex-student diploma UiTM Dungun. Kenapa tak rasmi? Ya lah, result final semester tak dapat lagi. Tapi insyaAllah semuanya akan OK kot. Hehee.

Aku dah ada dekat rumah sekarang ni. Tapi dah mula rasa rindu dekat UiTM. Rindukan Pusat Hidayah, kolej Tenggol, kolej Duyung, kolej Perhentian, Dewan Aspirasi, mesin ATM Bank Islam, Perpustakaan Cendiakawan...hmmm.. macam-macam lagi lah..tak larat nak cerita semua. Nah aku bagi gambar-gambar tempat dekat UiTM Dungun ni. Interpretasi anda dihargai :)









Aku akan merindui UiTM Dungun. Akan. :)

Thursday, April 4, 2013

Bahang hujung semester

Lupakan seketika bahang pilihanraya. Ada bahang yang lebih panas bagi kebanyakan penuntut Diploma UiTM seluruh Malaysia. Apa itu? Haa. bahang hujung semester tentunya! :)

Waktu-waktu macam ini lah, banyak perkara luar biasa akan berlaku. Contoh?

1) Perpustakaan akan menjadi penuh. Para pelajar sibuk study di library. Pagi-pagi lagi dah penuh. Kalau waktu biasa, tengahari pun belum tentu penuh :)

2)Banyak baju-baju bersidai di ampaian. Kenapa? Semua dah ready nak pulang ke rumah untuk cuti hujung semester lah!

3)Ramai jadi pokai / tak ada duit. Kadang-kadang beli makan tengahari pakai duit syiling saja, itupun kutip-kutip atas lantai bilik. (Pengalaman sendiri semester lepas. Haha!)

4)Mi segera jadi santapan utama. Kenapa? Sama ada tak ada duit, atau malas nak turun ke kafe (sibuk study punya pasal lah!)

5)Masjid / surau akan penuh. Alhamdulillah. Ramai mulai sedar bila tiba musim peperiksaan. Harap-harapnya berkekalan sampai bila-bila.

6)Kedai-kedai luar universiti akan penuh, kerana kebanyakan pelajar bila baru lepas ambil subjek yang dianggap sukar, dia akan rasakan lega yang amat. So, untuk meraikannya? Makan di luar! :D

7)Orang rajin update blog. Kenapa? Kerana banyak masa senggang, terutama yang lambat start papernya (macam tuan blog ni!)

Itulah serba sedikit yang dapat diperhatikan. Universiti anda ada fenomena lain? Cuba kongsikan! ;)

Thursday, March 28, 2013

Peperiksaan akhir, semester akhir!

Haish. Tak lama lagi peperiksaan akhir bagi pelajar diploma UiTM se-Malaysia akan bermula. Sebenarnya, dah dua tiga hari bermula, cuma subjek yang Tuan Tanah ambil belum bermula lagi. Berikut adalah subjek yang Tuan Tanah ambil;

1)PAD252

PAD252 adalah subjek Public Sector Quality Management. Subjek yang membincangkan tentang peranan kualiti dalam perkhidmatan awam. Subjek yang rasanya tidak sudah, cuma Tuan Tanah yang kurang memahaminya. Mungkin kerana kurang tumpuan dalam kelas? Tarikh peperiksaan adalah 12/4/2013.

2)PAD370

PAD370 adalah subjek Financial Administration. Subjek yang membincangkan tentang pentadbiran kewangan. Menyentuh perkara-perkara seperti percukaian, bajet kerajaan, perbelanjaan dan polisi kewangan kerajaan. Subjek yang perlukan pembacaan yang banyak. Tarikh peperiksaan adalah 7/4/2013

3)ACC106

ACC106 adalah subjek Financial Accounting. Ala, sama yang macam subjek Prinsip Perakaunan waktu tingkatan 4 dan 5 (SPM) dahulu. Cuma bezanya, ada sedikit pertambahan dan bahasa pengantar adalah Bahasa Inggeris. Ini subjek ulangan sebenarnya kerana Tuan Tanah pernah ambil dahulu tetapi gagal (huhuhu). Alhamdulillah kali ini dapat tangkap sedikit. Hehe. Tarikh peperiksaan adalah 8/4/2013

Para pembaca, doakan Tuan Tanah ya. Doakan Tuan Tanah dapat jawab peperiksaan akhir ini dengan berjaya. Ini semester akhir Tuan Tanah. InsyaAllah lepas ini jika ada rezeki, dapatlah menyambung pengajian ke ijazah sarjana muda pula. InsyaAllah. Amin... :)



*Ganbatte!!!!

Wednesday, December 19, 2012

Welcome, new leadership.

Tuan Tanah baru balik dari menghadiri Annual General Meeting persatuan GEMA, UiTM Terengganu. Persatuan yang pernah Tuan Tanah ketuai untuk satu semester.

 Teringat masa mula masuk GEMA. Mula-mula dalam semester satu, belum join lagi. Cuma masuk pertandingan nasyid yang dianjurkan GEMA saja.

 Masuk semester dua, Tuan Tanah dah mula aktif. Dah mula berjinak-jinak dengan nasyid dan menguruskan organisasi. Tapi, jadi orang bawah dulu la kan?

 Semester tiga, memegang jawatan exco GEMA. Tugasan makin berat dan dilantik pula memegang jawatan dalam acara. Agak sukar, tapi bantuan senior-senior dan rakan lain sangat membantu.

 Semester empat, Tuan Tanah dilantik menjadi naib Yang DiPertua bagi siswa. Persatuan ini persatuan kesenian Islam, dan seharusnyalah memiliki wakil bagi siswa dan siswi. Kerja dan tanggungjawab makin berat. Dilantik menjadi ahli majlis tertinggi sering menjadikan diri sibuk dengan mesyuarat. Ditambah pula dengan persembahan nasyid, tugasnya dua kali ganda lebih sukar. Sekali lagi, kawan-kawan banyak membantu dari segi meringankan tugas dan memberi motivasi.

 Semester lima, memegang jawatan Pemangku Yang DiPertua. Yang DiPertua ketika itu mengalami sedikit masalah peribadi namun jawatan itu tidak dapat dilepaskan (kerana sistem perjawatan yang berubah oleh Majlis Perwakilan Pelajar). Tanggungjawab menjadi kurang berat kerana sudah biasa dengan jawatan atas. People learn from past. Those not, may not an average people. They might be alien from another planet!

 Semester enam, sekadar menjadi mantan (bekas) sahaja. Tuan Tanah dan senior-senior yang lain memberikan jawatan kami kepada pelapis yang lebih muda. Kini kami hanya melihat adik-adik kami membuat kertas kerja dan menyelesaikan masalah persatuan. Kami jadi pemerhati sahaja. Kadangkala akan menegur jika mereka membuat salah. Itulah lumrah manusia. Kadang di atas kadang di bawah. Kita tak akan selamanya statik di atas. GEMA will always in my heart. GEMA selamanya~

 *Pstt, GEMA tu apa ya? Haa, GEMA adalah singkatan bagi Group Entertainment of Muslim Arts. Persatuan yang memperjuangkan kebudayaan Islam di UiTM Terengganu.

Friday, November 4, 2011

Result=Keputusan=결과

Ha..keputusan peperiksaan akhir semester 3 Tuan Tanah dah keluar.



Alhamdulillah, Tuan Tanah tak mengulang apa-apa subjek.

Cuma, Tuan Tanah perlu mengulang kursus Kokurikulum.

Salah Tuan Tanah jugak.

Sebenarnya, ada sedikit masalah dengan kursus ni. Nama Tuan Tanah tiba-tiba tak ada dalam senarai pelajar untuk semester 3.Dan, salah Tuan Tanah kerana tidak berjumpa dengan mana-mana pihak (Unit Kokurikulum, ketua Ko) untuk mencari jalan penyelesaian.

Hasilnya, [HBU135=F. GAGAL!]

GAGAL. *Haishh.. Takpe.

*Still happy pasal target BEL311 (Bahasa Inggeris) untuk dapat "A" tercapai. Alhamdulillah :)

Tuesday, May 3, 2011

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba!

CUTI SEMESTER!!!!!!!!

masa ni lah aku nak rileks-rileks kat rumah,
lupakan sementara semua pembelajaran,
hahaha

cinta?
aku dah give-up!
malas nak bercinta dah
tak nak kecewa lagi
.....
.....
(pstt*pernah bercinta ke??hahaha)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...