Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!
Showing posts with label peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label peperiksaan. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Bahang hujung semester

Lupakan seketika bahang pilihanraya. Ada bahang yang lebih panas bagi kebanyakan penuntut Diploma UiTM seluruh Malaysia. Apa itu? Haa. bahang hujung semester tentunya! :)

Waktu-waktu macam ini lah, banyak perkara luar biasa akan berlaku. Contoh?

1) Perpustakaan akan menjadi penuh. Para pelajar sibuk study di library. Pagi-pagi lagi dah penuh. Kalau waktu biasa, tengahari pun belum tentu penuh :)

2)Banyak baju-baju bersidai di ampaian. Kenapa? Semua dah ready nak pulang ke rumah untuk cuti hujung semester lah!

3)Ramai jadi pokai / tak ada duit. Kadang-kadang beli makan tengahari pakai duit syiling saja, itupun kutip-kutip atas lantai bilik. (Pengalaman sendiri semester lepas. Haha!)

4)Mi segera jadi santapan utama. Kenapa? Sama ada tak ada duit, atau malas nak turun ke kafe (sibuk study punya pasal lah!)

5)Masjid / surau akan penuh. Alhamdulillah. Ramai mulai sedar bila tiba musim peperiksaan. Harap-harapnya berkekalan sampai bila-bila.

6)Kedai-kedai luar universiti akan penuh, kerana kebanyakan pelajar bila baru lepas ambil subjek yang dianggap sukar, dia akan rasakan lega yang amat. So, untuk meraikannya? Makan di luar! :D

7)Orang rajin update blog. Kenapa? Kerana banyak masa senggang, terutama yang lambat start papernya (macam tuan blog ni!)

Itulah serba sedikit yang dapat diperhatikan. Universiti anda ada fenomena lain? Cuba kongsikan! ;)

Wednesday, April 3, 2013

Oh sejuknya!!!

Okay, mood study Tuan Tanah dah tiba walaupun paper final exam lambat lagi.
(lambat laaaa sangat!)

So, terasa nak pergi perpustakaan.
Tapi, walaupun suasana belajar di perpustakaan seronok, tapi suhunya tidak.
Suhu dalam perpustakaan sangatlah sejuk!
Brr.. Kadang-kadang nak menulis pun tak boleh. Ketorr tangan.
Sejuk sangat!





So, kenalah pakai sweater yang tebal-tebal. Tak pun pakai bulu beruang.
Tak pun pakai glove goalkeeper. Tak pun datang library waktu demam panas.

Perpustakaan. Satu-satunya simulasi kutub utara di Malaysia! :D

Thursday, March 28, 2013

Peperiksaan akhir, semester akhir!

Haish. Tak lama lagi peperiksaan akhir bagi pelajar diploma UiTM se-Malaysia akan bermula. Sebenarnya, dah dua tiga hari bermula, cuma subjek yang Tuan Tanah ambil belum bermula lagi. Berikut adalah subjek yang Tuan Tanah ambil;

1)PAD252

PAD252 adalah subjek Public Sector Quality Management. Subjek yang membincangkan tentang peranan kualiti dalam perkhidmatan awam. Subjek yang rasanya tidak sudah, cuma Tuan Tanah yang kurang memahaminya. Mungkin kerana kurang tumpuan dalam kelas? Tarikh peperiksaan adalah 12/4/2013.

2)PAD370

PAD370 adalah subjek Financial Administration. Subjek yang membincangkan tentang pentadbiran kewangan. Menyentuh perkara-perkara seperti percukaian, bajet kerajaan, perbelanjaan dan polisi kewangan kerajaan. Subjek yang perlukan pembacaan yang banyak. Tarikh peperiksaan adalah 7/4/2013

3)ACC106

ACC106 adalah subjek Financial Accounting. Ala, sama yang macam subjek Prinsip Perakaunan waktu tingkatan 4 dan 5 (SPM) dahulu. Cuma bezanya, ada sedikit pertambahan dan bahasa pengantar adalah Bahasa Inggeris. Ini subjek ulangan sebenarnya kerana Tuan Tanah pernah ambil dahulu tetapi gagal (huhuhu). Alhamdulillah kali ini dapat tangkap sedikit. Hehe. Tarikh peperiksaan adalah 8/4/2013

Para pembaca, doakan Tuan Tanah ya. Doakan Tuan Tanah dapat jawab peperiksaan akhir ini dengan berjaya. Ini semester akhir Tuan Tanah. InsyaAllah lepas ini jika ada rezeki, dapatlah menyambung pengajian ke ijazah sarjana muda pula. InsyaAllah. Amin... :)



*Ganbatte!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...