Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!
Showing posts with label Tuan Tanah. Show all posts
Showing posts with label Tuan Tanah. Show all posts

Saturday, January 21, 2017

Dunia Oh Dunia!

Makin risau Tuan Tanah tengok zaman sekarang ni.

Kebencian dan penindasan ada di mana mana.

Bukak akhbar, bukak media sosial, bukak TV..

Asyik nampak kekejaman je..

Betullah, kita memang berada di AKHIR ZAMAN

Apabila kezaliman mula berleluasa dan menjadi kebiasaan.

NA'UZUBILLAHI MIN ZALIK

LET'S STOP VIOLENCE 😩

Tuesday, January 17, 2017

JANA INCOME DALAM USD?

--------------------------------------------------------
JANA INCOME DALAM USD? ADE KE?
--------------------------------------------------------
-
Haihh! Biaq Betoi?? 😅
-
Takkanlah ada? Kalau ada pun mesti SCAMMER! 👿
-
Tak pun ini MLM? 😓 Takkan nak kena tipu lagi??
-
Anda tahu tak yang anda boleh dapat INCOME dalam USD?
-
Yang pastinya HALAL, PERCUMA dan TIADA RISIKO! 💪
-
-
JANGAN TAK PERCAYA TAU! Tuan Tanah sendiri dah join sejak 2014. Takkanlah tak percaya dengan Tuan Tanah? Boleh email Tuan Tanah kat adib.gema@gmail.com kalau nak penerangan secara peribadi 👦
-
Dah nak masuk 3 TAHUN dah! 😎
-
Ya betul memang incomenya TAK BANYAK. Mungkin biasa-biasa pun dalam RM 50 SEBULAN..
-
Tapi boleh la nak jadikan SIDE INCOME kan? RM 50 boleh guna untuk bayar DUIT TOPAP bulan-bulan 😋
-
Nak join tak? Nak join FREE je! Tak ada RISIKO, tak ada YURAN.
-
Daftar dan mula collect INCOME dalam USD! 💖
-
Boleh klik ini untuk DAFTAR -- > http://csl.ink/gej
-
-
-
*psttt! Benda ni bukan untuk yang nak income RIBU-RIBU dalam masa sebulan TANPA BUAT APA-APA. Benda ni bukan untuk yang nak dapat RATUS-RATUS sambil GOYANG KAKI. Anda tak buat KERJA, anda tak dapat APA-APA! 👎











Friday, May 3, 2013

I won! Alhamdulillah :)

Well, ada berita gembira untuk dikongsikan bersama korang! =)

Baru-baru ni setelah hampir tiga (3) tahun blog Tanah Jajahan ni ditubuhkan,
barulah tergerak hati Tuan Tanah nak join contest/segmen/giveaway yang di"gorgenize"
(organised) oleh bloggers-bloggers lain.

So, first segmen yang Tuan Tanah join adalah Segmen I Love You Mom 
oleh blogger Fathiah Saidi..












And guess what? Tuan Tanah menang! Wehuuu..Alhamdulillah..

Apa yang Tuan Tanah menang? Haha..menang TUDUNG BAWAL TRIBAL..
haha..memang tak la Tuan Tanah nak pakai..Tuan Tanah nak hadiahkan dekat
mama Tuan Tanah. :)

Tak sangka boleh menang.

This motivates me to join more segments and giveaways~ Yeeehaaa :D

Sunday, April 28, 2013

Belajor memandu weh!!

Haa.. Tak lama lagi Tuan Tanah nak belajar memandu (ok..mungkin ramai yang nak persoalkan, kenapa lambat sangat kan?) Tak semua lelaki kat dunia pandai bawak kereta, termasuklah Tuan Tanah. Tapi takpe lah kan, asal belajar kan? kan?

 Sekarang semua dah bayar, tunggu giliran nak belajar memandu je. Hope
semua berjalan lancar, InsyaAllah. =)

Errk, gini ke parking? Payah weiii :(
 

Thursday, March 28, 2013

Peperiksaan akhir, semester akhir!

Haish. Tak lama lagi peperiksaan akhir bagi pelajar diploma UiTM se-Malaysia akan bermula. Sebenarnya, dah dua tiga hari bermula, cuma subjek yang Tuan Tanah ambil belum bermula lagi. Berikut adalah subjek yang Tuan Tanah ambil;

1)PAD252

PAD252 adalah subjek Public Sector Quality Management. Subjek yang membincangkan tentang peranan kualiti dalam perkhidmatan awam. Subjek yang rasanya tidak sudah, cuma Tuan Tanah yang kurang memahaminya. Mungkin kerana kurang tumpuan dalam kelas? Tarikh peperiksaan adalah 12/4/2013.

2)PAD370

PAD370 adalah subjek Financial Administration. Subjek yang membincangkan tentang pentadbiran kewangan. Menyentuh perkara-perkara seperti percukaian, bajet kerajaan, perbelanjaan dan polisi kewangan kerajaan. Subjek yang perlukan pembacaan yang banyak. Tarikh peperiksaan adalah 7/4/2013

3)ACC106

ACC106 adalah subjek Financial Accounting. Ala, sama yang macam subjek Prinsip Perakaunan waktu tingkatan 4 dan 5 (SPM) dahulu. Cuma bezanya, ada sedikit pertambahan dan bahasa pengantar adalah Bahasa Inggeris. Ini subjek ulangan sebenarnya kerana Tuan Tanah pernah ambil dahulu tetapi gagal (huhuhu). Alhamdulillah kali ini dapat tangkap sedikit. Hehe. Tarikh peperiksaan adalah 8/4/2013

Para pembaca, doakan Tuan Tanah ya. Doakan Tuan Tanah dapat jawab peperiksaan akhir ini dengan berjaya. Ini semester akhir Tuan Tanah. InsyaAllah lepas ini jika ada rezeki, dapatlah menyambung pengajian ke ijazah sarjana muda pula. InsyaAllah. Amin... :)



*Ganbatte!!!!

Wednesday, March 27, 2013

Cinta!

Dah lama Tuan Tanah mencari cinta hati. Dalam mencari cinta hati itu, Tuan Tanah berpegang kepada dua prinsip;

1)Si dia menetap tak jauh dari rumah Tuan Tanah. Mungkin se-negeri lebih baik. Dapat pulang ke rumah orang tua selalu.

2)Si dia umurnya sebaya atau lebih tua dari Tuan Tanah. Tak rasa tertarik kepada yang lebih muda. Anggap mereka adik-adik sahaja.

Dan, Allah telah menentukan bahawa takdirnya lebih kuat. Apa yang Dia mahu jadikan, pasti jadi. Prinsip kedua telah Tuan Tanah korbankan. Cinta hati yang hadir, berumur kurang dari Tuan Tanah. Jodoh itu mampu menembusi mana-mana pintu prinsip paling kebal sekalipun.

Hati rasa terisi dan tiada lagi ruang kosong. Pandangan lebih terjaga. Atitud semakin baik. Makin matang dalam berfikir. Cinta hati telah banyak mengubah Tuan Tanah jadi lebih baik. Jadi, siapa kata cinta itu suatu perkara negatif?

Kepada awak tu, terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menghadirkan awak kepada saya. Harap semuanya berpanjangan sehingga awak menjadi yang Halal bagi saya.

Sayang awak :)

Wednesday, December 19, 2012

100th Followers!

Alhamdulillah.

Setelah dua tahun blog ini dibuka, akhirnya Tanah Jajahan
Encik Adib telah berjaya menerima followers yang ke-100!

Followers yang bertuah itu adalah zizie!

Thanks kepada zizie dan 99 followers lain kerana terus menyokong blog ini.
Walaupun nilai 100 followers itu mungkin nampak sedikit, namun ianya tetap
menjadi motivasi kepada Tuan Tanah untuk terus berblog di masa hadapan.

Teruskan menyinggah di sini tau! ;)



Friday, November 4, 2011

Result=Keputusan=결곟

Ha..keputusan peperiksaan akhir semester 3 Tuan Tanah dah keluar.



Alhamdulillah, Tuan Tanah tak mengulang apa-apa subjek.

Cuma, Tuan Tanah perlu mengulang kursus Kokurikulum.

Salah Tuan Tanah jugak.

Sebenarnya, ada sedikit masalah dengan kursus ni. Nama Tuan Tanah tiba-tiba tak ada dalam senarai pelajar untuk semester 3.Dan, salah Tuan Tanah kerana tidak berjumpa dengan mana-mana pihak (Unit Kokurikulum, ketua Ko) untuk mencari jalan penyelesaian.

Hasilnya, [HBU135=F. GAGAL!]

GAGAL. *Haishh.. Takpe.

*Still happy pasal target BEL311 (Bahasa Inggeris) untuk dapat "A" tercapai. Alhamdulillah :)

Tuesday, October 18, 2011

Fiesta Muda Mudi UiTM Shah Alam

Haa...baru-baru ni, pada 13 Oktober hingga 16 Oktober, telah diadakan satu program dinamakan Fiesta Muda Mudi anjuran UiTM Shah Alam. Opss, nama je Fiesta Muda Mudi tau, tapi takde kena mengena langsung dengan cerita Pak Maon dalam filem P.Ramlee tu. ;)

Fiesta Muda Mudi ni menerapkan unsur Islamik dan kerohanian. Antara aktiviti yang dijalankan seperti Kuiz Sirah, Sirah Muzikal, Hafazan, Tilawah Al-Quran, Pidato Islam dan Tulisan Khat.

Sepanjang program, kami (saya dan kontinjen UiTM Terengganu) dilayan seperti sepatutnya seorang tetamu terima dari tuan rumah. Kami diberi penginapan yang selesa, kemudahan pengangkutan, makanan yang sedap dan cukup, serta penerangan yang jelas tentang perjalanan program.(5 bintang untuk mereka!)

Ini adalah antara gambar-gambar yang saya sempat tangkap :)









Meriah woo fiesta ni.Harap dapat dianjurkan lagi. :)

Waaaa....dah modified laaa!

Ha..hari ni (17/10/2011), Tuan Tanah dah buat "renovation" kat tanah (blog) ni....Tuan Tanah tukar header, kemaskini widget, dan macam-macam lagi lah!

Tema blog Tuan Tanah pada kali ini ialah Flip Flop, ataupun selipar.
Flip flop ni berwarna-warni, pasal tu la Tuan Tanah pilih untuk jadikan tema utama.
Tuan Tanah nak jadikan blog ini "kalerful" dan "ceria".

Lagipun, kita perlukan flip-flop untuk berjalan atas tanah kan??
(tak ade kene mengene langsung bro!)

HEHE :)

Monday, December 13, 2010

Harapan Tuan Tanah!


Tahun 2010 akan melabuhkan tirainya.Dan tahun 2011 akan menjadi saksi permulaan segala-galanya.
(Oh ya,Salam Maal Hijrah untuk semua.)

Harapan Tuan Tanah untuk tahun 2011,adalah seperti berikut;

1)Kurangnya jumlah peperangan di dunia ini.

2)Anak-anak bangsa Tuan Tanah kembali ke pangkal jalan.

3)Tuan Tanah mehu menjadi manusia yang lebih baik.

4)Tuan Tanah mahu perbaiki tahap akademik Tuan Tanah
(pstt,result final exam hari tu agak teruk!)

5)Tuan Tanah harap dapat menemui cinta hati Tuan Tanah(jika dikehendaki Allah)

6)Harap politik di dunia tidak menyusahkan rakyat.

7)Meningkatkan amal ibadat!

8)Mahu jadi seorang yang berbelanja secara sistematik(sebelum ni Tuan Tanah boros!Hihi)

9)Harap adik Tuan Tanah berjaya dalam SPM nya tahun 2011 nanti.Amin....

10)Kurangkan masa melakukan perkara sia-sia!!!!

Ha..Itulah antara harapan Tuan Tanah..Anda,bagaimana? Kongsilah di ruangan komen! ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...