Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, September 5, 2014

Berfikir ke hadapan, bertindak untuk kemajuan (ecececeeh)

Tak lama lagi, Tuan Tanah akan mula menyambung pengajian untuk semester 5 di UiTM Seremban.

Sepanjang cuti semester ini, banyak perkara Tuan Tanah dah lakukan dan Tuan Tanah pelajari.

Semester ini,
azam baru Tuan Tanah,
mahu belajar dengan lebih tekun,
meninggalkan perkara yang sia-sia,
utamakan pelajaran,
berusaha untuk menyimpan sebanyak mungkin,
berjimat cermat,
menambah pendapatan,
dan berusaha untuk mendapat cinta yang halal.

"Cinta Yang Halal"
Iaitu berusaha untuk mempersiapkan diri,
untuk ke peringkat seterusnya.

Tak elok bercinta tanpa ada niat untuk memperisterikan seseorang,
dan perkahwinan itu perlu disegerakan.

Taknak ke setiap yang kita lakukan bersama isteri dapat pahala?
Tak mahu lebih dimurahkan rezeki oleh Allah?
Tak mahu belajar rasa lebih bertanggungjawab?
Tak mahu merasai kemanisan rumahtangga?

Siapa tak mahu kan? :)

Tidak terlalu awal untuk bersedia dari sekarang.
Tuan Tanah sendiri bukan terlalu muda.
*perut pun sudah macam bapak orang!*

Kalau masih belajar pun, masih boleh persiapkan diri.
Kumpul duit sedikit,
cari ilmu,
jaga diri.
Tapi jangan abaikan pelajaran!

Ini peringatan untuk Tuan Tanah.
Dan anda semua juga.
Mana yang baik datang dari Allah,
yang buruk itu mungkin dari tangan yang menulis ini.

Oh ya, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!

#prayforgaza #prayforIslam #prayforMH17 #prayforMH370

takde motif letak gambar ni. saje je sebab Tuan Tanah lapar :(

Tuesday, June 11, 2013

Cinta jarak jauh













Percintaan jarak jauh tak sukar. Betul! Tapi, ada caranya..Nak tahu?
Haa jom tengok, apa resepi untuk kekalkan percintaan jarak jauh :)

1)Kesetiaan
Kedua-dua belah pasangan perlulah setia. Kalau tak setia, even bercinta dengan jiran sebelah
rumah sendiri pun takkan kekal lama..Betul tak?

2)Saling berhubung
Kedua-dua belah pasangan perlulah saling berhubung. Jangan bila dah jarak jauh, terus tak
call atau mesej. Jangan sampai salah seorang tawar hati!

3)Saling percaya
Kedua-dua belah pasangan haruslah saling percaya antara satu sama lain. Kalau dah dua-dua
saling tak percaya, apa lagi..Syaitan pun mula cucuk jarum, buat anda fikir bukan2 tentang pasangan.
Mintak jauh la..

4)Jangan bersedih!
Tak kira makwe atau pakwe, dua-dua tak boleh bersedih. Ye la, dah kalau sedih, siapa nak pujuk kan?
Takkan nak travel jauh-jauh semata-mata untuk itu? Lainlah kalau korang ade helikopter peribadi :D

5)Kena kuat!
Please. Jadilah seorang yang kuat. Lawan rasa rindu tu. Rasa rindu itu baik, tapi terlalu rindu itu tak bagus.
Nanti kita hidup tak tenteram! Nanti satu kerja pun tak siap..

6)Dekatkan diri dengan Tuhan
Bila rasa rindu itu teramat sangat, berdoalah banyak-banyak. Mintalah supaya ditenangkan fikiran dan supaya jodoh berkekalan.. Ini lah perkara paling penting :)

Nak rasa lebih selamat?
Nikahi pasangan anda secepat mungkin :)

Wednesday, May 29, 2013

Kepercayaan itu penting! :)

Dala perhubungan, kepercayaan itu penting.
Janganlah kita meragui antara satu sama lain.

Apabila sudah timbul keraguan, maka banyak anasir luar akan
cuba menggugat kesetiaan dan percintaan tersebut.

Percayakan pasangan anda :)
















Saya sudah percayakan pasangan saya.
Anda, bagaimana? :)

Wednesday, March 27, 2013

Cinta!

Dah lama Tuan Tanah mencari cinta hati. Dalam mencari cinta hati itu, Tuan Tanah berpegang kepada dua prinsip;

1)Si dia menetap tak jauh dari rumah Tuan Tanah. Mungkin se-negeri lebih baik. Dapat pulang ke rumah orang tua selalu.

2)Si dia umurnya sebaya atau lebih tua dari Tuan Tanah. Tak rasa tertarik kepada yang lebih muda. Anggap mereka adik-adik sahaja.

Dan, Allah telah menentukan bahawa takdirnya lebih kuat. Apa yang Dia mahu jadikan, pasti jadi. Prinsip kedua telah Tuan Tanah korbankan. Cinta hati yang hadir, berumur kurang dari Tuan Tanah. Jodoh itu mampu menembusi mana-mana pintu prinsip paling kebal sekalipun.

Hati rasa terisi dan tiada lagi ruang kosong. Pandangan lebih terjaga. Atitud semakin baik. Makin matang dalam berfikir. Cinta hati telah banyak mengubah Tuan Tanah jadi lebih baik. Jadi, siapa kata cinta itu suatu perkara negatif?

Kepada awak tu, terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menghadirkan awak kepada saya. Harap semuanya berpanjangan sehingga awak menjadi yang Halal bagi saya.

Sayang awak :)

Tuesday, May 3, 2011

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba!

CUTI SEMESTER!!!!!!!!

masa ni lah aku nak rileks-rileks kat rumah,
lupakan sementara semua pembelajaran,
hahaha

cinta?
aku dah give-up!
malas nak bercinta dah
tak nak kecewa lagi
.....
.....
(pstt*pernah bercinta ke??hahaha)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...