Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!
Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Tips penjagaan komputer

Hampir 6/10 komputer yang Tuan Tanah tengok tidak bijak "dikemas" oleh tuan punya komputer.
Pelbagai alasan diberi seperti;

"aku tak celik IT"
"aku tak reti nak servis"
"aku tak kisah pun"

Sebenarnya, jika anda dah menggunakan komputer, anda seharusnya celik IT.
Ibarat mereka yang dah ada lesen memandu, sudah tentulah tahu memandu kan? :)
Tak susah, sekadar tahu yang asas sahaja sudah cukup.
Di sini, Tuan Tanah nak kongsi sedikit sebanyak cara untuk menjaga komputer anda agar
tetap laju dan sentiasa beroperasi dengan lancar.














1) Gunakan Ccleaner

Ccleaner adalah perisian yang kecil dan mudah untuk membersihkan komputer daripada "sampah".
Ccleaner akan membuang segala jenis "junk files" yang sudah tidak diperlukan, mengemaskini
"registry", membuang "cookies" internet dan "internet cache".

Mereka yang sudah berbulan bulan melayari internet tetapi tak pernah membersihkan komputer,
pasti terkejut apabila menggunakan Ccleaner ini. Tahukah anda apabila kita melayari Youtube,
sebahagian saiz video itu akan disimpan dalam komputer kita sebagai sampah? Ini kerana Youtube menyimpan data tersebut secara sementara dalam komputer kita supaya pada masa akan datang, kita dapat melayari video yang sama dengan lebih pantas (disimpan sebagai cookies).

Jangan terkejut jika
anda melayari Youtube setiap hari dan apabila anda menggunakan Ccleaner, anda dapat ekstra
500-600 MB ruang kosong dalam komputer anda!

Download Ccleaner di sini : ccleaner

2) Jangan penuhkan desktop!!!

Ramai pengguna terutama pelajar atau pekerja sering meletakkan fail atau folder kerja mereka di desktop.
Kadang kadang sampai 30 fail microsoft words di desktop sampaikan menutup wallpaper.

Jangan begitu! Rajinkanlah kemas desktop dengan membuang perkara tak penting ataupun memasukkan
semua fail itu dalam satu folder. Terlalu banyak item di desktop menyebabkan Windows lambat untuk "startup".

3) Jangan penuhkan storan sistem!

Kebiasaannya, fail Windows yang penting akan disimpan di dalam storan berlabel C:
Jika komputer anda hanya mempunyai label C:, anda perlulah membuat partition atau membahagikan
storan itu kepada 2 atau lebih bahagian. Sekiranya anda hanya ada satu storan untuk meletakkan fail Windows dan disitulah jugak anda simpan lagu, gambar, movie, games, dan sebagainya, jangan pelik jika komputer anda selalu hang! Storan untuk sistem tidak seharusnya diganggu dengan fail lain kerana ia apabila pemproses sudah tidak mampu menggunakan RAM, ianya akan mengambil sedikit ruang kosong untuk digunakan sebagai memori tambahan! :)

4) Jangan buka terlalu banyak aplikasi pada satu waktu yang sama! (simultaneously)

Kalau dah tahu komputer anda tu "kurang pantas", usahlah dipaksa komputer tu bekerja. Buka "new tab" sampai 5 atau lebih laman web (Facebook, Twitter, Blog, Email, Youtube), pada masa sama buka video HD (definisi tinggi) cerita Runningman, sambil buat kerja Adobe Photoshop. Lepas tu tak tutup semua tu, dibukanya game PES 2014. Lepas tu merungut PES jadi "lag". -_-"

Banyak lagi tips tips yang ada untuk dikongsikan tetapi cukuplah setakat ini dahulu. Ada permintaan, Tuan Tanah kongsikan tips lain pula! :)

*pstt..nak baca blog pasal komputer? singgahlah sini


Monday, May 6, 2013

Segmen Mini Header Nametag by Huda

Kali ni Tuan Tanah nak join Segmen Mini Header Nametag oleh blogger Huda.
Sebelum ni Tuan Tanah dah join gak Segmen Free Bloggercard Nametag (klik untuk tengok!)
Dan dah dapat pun bloggercard comel tu (weee!). Nanti Tuan Tanah upload kemudian, pasal
tak berapa nak sihat ni..(wish me get well soon!)..tak sempat nak kemas layout..hehe..














Apepon, korang join dan follow la blog Huda ni...memang banyak benda-benda comel
dalam blog dia! Siap berkongsi lagi! Mana nak dapat kan? :)

Friday, May 3, 2013

Contest saya comel!!
















Haaa..untuk entri kali ni, Tuan Tanah nak join Contest Saya Comel pulak..hehe
(alamak, Tuan Tanah ni perasan comel pulak kan? haha)

Hadiah dia..haha..walaupun banyak hadiah yang ke-feminin-nan dalam contest ni,
tak salah kan kalau mencuba? Lagipun untuk support kawan2 blogger kan? kan? kan?

Antara hadiah dia adalah "peplum dress"...Ha? Ape tu..
Haha...baju perempuan lah...
Kalau lah dapat baju tu, Tuan Tanah nak bagi adik Tuan Tanah pakai..
Kalaulah tak muat, oh buah hatiku..It's yours sayang! :)

So, contest kali ni memerlukan Tuan Tanah meletakkan gambar-gambar Tuan Tanah yang comel..
Alamak! Ada ke? huhuhu..
Ada la sikit dalam "collection" webcam laptop ni ha...Jom-jom tengok =)

*Saya tag encik Anwar utk contest ni..Jom join encik Anwar :D

Tuan Tanah yang comel (laa sangat!) dan adik :)

Alalala..gedik adik aku ni..hehee :D

Ah, ternganga puloks dah. Hahaha :D





















Segmen Free Bloggercard Nametag By Huda =)

Haa. Kali ni Tuan Tanah nak join (dan nak ajak korang join sekali)
Segmen Free Bloggercard Nametag by Huda  =)

Dengan meng-join-kan diri dalam segmen dari blog cute ni,
anda boleh dapat Bloggercard yang tertulis nama korang (aww..cute tuu!) =)

Nak join? Klik banner dekat bawah ni tauu..Jangan lupa follow blog cute tu tau.
Mari kita memeriahkan segmen kawan-kawan bloggers kita!

Haa..Cantik kan? :)














Thursday, December 20, 2012

Apa pentingnya blog?

Bila Tuan Tanah login Blogger untuk post entri baru,
kebetulan kawan Tuan Tanah berada di belakang.

(Loghat Terengganu)
"Eh, mu ade blog op?" (Kau ada blog eh?)
"Eh, ce mu follow aku" (Cuba kau follow aku)
"Mu wak nape blog ni?" (Kenapa kau buat blog ni?)

Hehe. Ada banyak sebabnya blog ini penting. Tapi, ianya bergantung
kepada tujuan penulis blog itu sendiri. Dalam entri kali ini, Tuan Tanah nak
berkongsi antara sebab-sebab kenapa seseorang itu tulis blog.

1)Untuk menambah pendapatan. Macam mana? Biasanya penulis blog
jana pendapatan tambahan dengan menyertai pengiklan online seperti Nuffnang.
Dengan menyertainya, iklan akan diletak pada blog tersebut. Lagi banyak pelawat
klik iklan tersebut, lagi banyak hasilnya. Tapi, pendapatan tu bergantung kepada
kerajinan penulis blog mengemaskini (update) dan mencari followers serta
trafik baru.

2)Luahan perasaan. Ramai orang tulis blog kerana nak luahkan perasaan mereka.
Yalah, kalau tulis kat Facebook, nampak macam public sangat kan? So, mereka
tulis sahaja di blog. Lagipun di blog boleh tulis panjang-panjang :)

3)Sebagai perniagaan. Sekarang makin ramai menjalankan perniagaan online melalui
blog dan laman web. Senang saja. Pamerkan barang yang nak dijual beserta harga. 
Lepas tu, bungkus barang tu dan poskan kepada si pembeli. Mudah kan?
Si penjual tak perlu bayar sewa kedai dan si pembeli tak payah keluar pergi kedai!

4)Sebagai portal akademik. Ramai intelektual menulis artikel untuk dimuatkan 
dalam blog mereka. Artikel ini pula, boleh digunakan orang lain sebagai sumber rujukan
akademik bagi mereka. Tak rugi berkongsi ilmu.

5)Sebagai medium dakwah. Mungkin ramai yang segan untuk berdakwah secara terang-
terangan seperti mengikuti jemaah tabligh dan sebagainya. Apa kata gunakan blog untuk
tujuan ini? Masukkan entri-entri seperti kata-kata hikmah, potongan hadith dan ayat
Al-Quran beserta terjemahan dalam blog anda. InsyaAllah pahala akan anda raih. Tetapi
ingat, setiap amalan bergantung kepada niat! :)



Wednesday, December 19, 2012

100th Followers!

Alhamdulillah.

Setelah dua tahun blog ini dibuka, akhirnya Tanah Jajahan
Encik Adib telah berjaya menerima followers yang ke-100!

Followers yang bertuah itu adalah zizie!

Thanks kepada zizie dan 99 followers lain kerana terus menyokong blog ini.
Walaupun nilai 100 followers itu mungkin nampak sedikit, namun ianya tetap
menjadi motivasi kepada Tuan Tanah untuk terus berblog di masa hadapan.

Teruskan menyinggah di sini tau! ;)



Tuesday, October 18, 2011

Waaaa....dah modified laaa!

Ha..hari ni (17/10/2011), Tuan Tanah dah buat "renovation" kat tanah (blog) ni....Tuan Tanah tukar header, kemaskini widget, dan macam-macam lagi lah!

Tema blog Tuan Tanah pada kali ini ialah Flip Flop, ataupun selipar.
Flip flop ni berwarna-warni, pasal tu la Tuan Tanah pilih untuk jadikan tema utama.
Tuan Tanah nak jadikan blog ini "kalerful" dan "ceria".

Lagipun, kita perlukan flip-flop untuk berjalan atas tanah kan??
(tak ade kene mengene langsung bro!)

HEHE :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...