Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!
Showing posts with label degree. Show all posts
Showing posts with label degree. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Bye-bye semester 3, hello semester 4!

Fuhhhh..berakhir sudah semester 3 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pentadbiran UiTM Shah Alam..

Lepas ni semester 4 akan berpindah ke kampus UiTM Seremban 3 pula.

Satu semester berada di kampus induk UiTM pelbagai kisah suka duka telah aku hadapi. Ape komen aku tentang Shah Alam? Haaa..aku akan bandingkan dengan kampus lama aku di UiTM Dungun (semasa diploma)

1) Kadar sosial
Kadar sosial di Shah Alam adalah lebih tinggi jika nak dibandingkan dengan Dungun. Biasalah, bandar kan? Fast food depan kampus. Kedai Mamak bersepah. Keluar tengah malam rilekkk aje. Kalau Dungun? McD nun jauhhhh di bandar. Kedai mamak? Susah weyy nak jumpe (ade ke??). Keluar tengah malam? Aisehhh..balik kampus lepas pukul 11 malam pun dah jadi satu hal.

2) Makanan
Pilihan makanan di Shah Alam tersaaangatlah banyak! Food court bersepah, harga berpatutan, aneka pilihan. Cakap je nak ape, semua ade! Harga pulak berpatutan. Biasalah, saingan banyak kan. So harga kenalah setanding :)

3)Kemudahan
Fuhh..library UiTM Shah Alam memang best! Buku banyak, bukak 24 JAM! Selesa, siap ade UniFi lagi! Ehh..rase nak tidooo je kat library tu :D

Hahaha..sekian dulu buat waktu nii..akan menulis lagi insyaAllah :)



















*bagaimana agaknye kampus baru ni ey? hmm.. :/

Friday, August 16, 2013

Update update update!!

*fuhh* *fuhhh* *tiup sawang*

Setelah lama (sangat!) blog ni tak ada update terbaru, kali ni Tuan Tanah nak
update sedikit sebanyak tentang apa yang dah berlaku sepanjang "sawang-sawang" ni
membiak dengan jayanya :D

1)Alhamdulillah, Tuan Tanah ditawarkan untuk menyambung pengajian di UiTM Shah Alam
dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Administrative Science) AM228 dengan Kepujian.
La ni tengah sibuk nak buat urusan berkaitan degree ni. PTPTN, yuran, pengangkutan, urusan akademik,
dan macam-macam lagi.

2)Oh ya, masih dalam bulan Syawal kan? So Tuan Tanah nak wish semua umat Islam di seluruh dunia,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN, ikhlas dari pemilik nama Tuan Tanah, Muhammad Adib bin Anuar. Jangan main mercun, nanti tangan putus telinga pekak pulakk :D

Not done by Tuan Tanah. Credit to the respective owner! :)


3)Mari kita doakan kesejahteraan umat Islam yang sedang menderita di negara-negara bergolak
terutamanya di Mesir sekarang ini. Mari kita banyakkan bacaan Qunut Nazilah semoga musuh-musuh
Islam segera dihancurkan.

4)Uih..Hampir setiap hari ade kes orang mati kena tembak. Yang peliknye, kenapa kes ni naik secara mendadak ey? Mungkinkah dilakukan satu kumpulan sama? Wallahu'alam. Yang penting kita sentiasa doa dan mari sama kita menyokong PDRM dalam membanteras jenayah di Malaysia :)

I will keep updating, soon! InsyaAllah ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...