Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Friday, June 18, 2010

Jiwang time.

SESI LUAHAN PERASAAN BERMULA..

Aku rasa mungkin ramai yang fikir bahawa lelaki tak romantiklah,tak jiwanglah.Kalau jiwang pun,tak ramai.Boleh dikira dengan jari.Tapi,kalau nak cari salah seorang dari lelaki itu,korang bertuah.Aku antara lelaki yang tergolong dalam kumpulan itu.

Walaupun aku lelaki,namun aku tetap punya hati yang akan mengeluarkan suatu perasaan sedih bila sisinya disentuh.Tidak kira dengan muzik,filem,teks,mahupun ucapan secara lisan.Filem kegemaran aku bukanlah filem berat seperti Harry Potter,ataupun bergenre komedi seperti Lu Pikirlah Sendiri De Movie,tapi hanyalah Ayat-ayat Cinta.Filem cinta dari Indonesia yang berunsur ketuhanan dan diselami dengan percintaan.Aku cuba bayangkan diri aku menjadi pendukung utama filem itu iaitu Fahri,yang tanpa diketahui,digilai oleh 3 wanita.Salah seorang dari mereka bukan Islam.

2#
Bila aku tengok pasangan-pasangan di sekolah aku,aku rasa macam-macam.Ada rasa cemburu,ada rasa gembira,dan tak kurang juga rasa meluat.Cemburu bila mereka bahagia,gembira bila mereka tertawa dan meluat bila mereka melampaui batas.Dekat sekolah,aku selalu jadi penasihat bagi kawan-kawan aku yang ada masalah dalam percintaan.Kadangkala aku pelik.Mengapa minta nasihat cinta dari orang yang tak pernah bercinta?OK..memang pernah ada "scandal".Tapi itu cerita lama,zaman aku tak matang lagi.Baru nak merangkak dalam alam sekolah menengah.

Aku pulak,bila diminta nasihat,akan terus membebel panjang.Bukak membebel marah,tapi membebel sambil bagi tips la.Bila habis bercakap,mereka ucap terima kasih.Rasa macam doktor cinta pulak.Kat sekolah pun aku pernah nak mengorat jugak.Tapi asal nak ngorat je,mesti ada aral melintang.Memang muka aku ni takde jodoh ke?

Harap-harap lepas ni ada sinar baru dalam hidup aku.Aku tak nak jadi Fahri di awal cerita.Aku nak jadi Fahri seperti di akhir cerita.Happy ending walaupun seorang wanita yang dia cintai meninggal dunia.Hmm..

2 comments:

Mysara Newrie said...

iyeah ! aku rsa agak jiwang kat last2 entry kau. hehe ;D yelah ~ kau jiwang jugak =.="

Tuan Tanah Adib said...

Yes..yes..haha..so,both of us adalah jiwang okey.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...