Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Friday, August 28, 2015

Reviu ASUS Zenfone C


Korang yang gemarkan telefon pintar (smartphone) mesti penah dengar jenama telefon ASUS kan?
Alaaa yang terkenal dengan produk Zenfone tu? :D

Kali ini, Tuan Tanah nak buat reviu pasal ASUS Zenfone C.
*Ini adalah reviu yang jujur dan tidak dibayar oleh ASUS ya! ;)

ASUS Zenfone C ni adalah telefon pintar ASUS yang baru dilancarkan pada awal tahun 2015. Telefon ni memang sesuai untuk korang yang dalam bajet “ketat” atau “tak banyak bajet” untuk membeli telefon baru. Harga semasa untuk Zenfone C adalah RM 339 (rujuk laman web http://store.asus.com/my/category/B4626 )

Kepantasan

Dipadankan dengan processor Intel Atom dual-core, memang tak syak lagi telefon ni memang PANTAS! Bukak game high-end pun smooth, bukak apps pun memang cepat. Cuma, kerana kepantasannya itulah, telefon ni menjadi cepat panas. Kadangkala Tuan Tanah rasa malas nak pakai cover sebab takut panas melampau. Tapi kalau korang tak heavy sangat guna, belilah Zenfone C ni! RAM yang diberi cuma 1GB, cukuplah untuk processor macam tu hehe.

Kamera

Kamera yang diberi 5 Megapixel belakang dan VGA di depan. Kamera depan sangatlah tak sesuai untuk selfie. Tapi kamera belakang ASUS agak cemerlang juga. Walaupun taklah begitu sharp, tapi warna dan kecerahannya memang bagus. Terima kasih kepada teknologi PixelMaster, gambar selalu terang dan cantik. Dan untuk rakaman video, Tuan Tanah memang kagum! Walaupun 5 Megapixel sahaja, tapi boleh tangkap video FULL HD 1080 tau! Memang hebat!

Skrin

4.5 inci. Tak kecik sangat, tak besar sangat. Dan touch screen dia memang responsif!
Memori
Sedih! Memori dalaman hanya 8 GB. Sediakanlah kad memori yang besar kapasitinya untuk bantu si kecik molek Zenfone C ni.

Konklusi?

Harga telefon ni sangat berpadanan dengan harganya. Dari segi kualiti, tak perlulah nak dipertikai. Sememangnya ASUS adalah pakar dalam bidang elektronik. Dan telefon ini adalah bukti bahawa masih ada telefon yang berprestasi tinggi tapi mempunyai harga yang rendah.

Berapa bintang?

4 / 5
*Mana lagi 1 bintang?
0.5 bintang kalau Zenfone ni tak cepat panas

0.5 bintang kalau memori dalaman dapat besar lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...