Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Wednesday, June 4, 2014

Reviu Lenovo A369i


Haaaa..kali ni Tuan Tanah nak buat reviu tentang smartphone LENOVO A369i.
Kenape model ni dan bukan model lain?
Hee..sebab model ni je yang Tuan Tanah pakai :-P

Tak kenal maka tak cinta, jadi mari kita lihat sedikit sebanyak spesifikasi model ini ;

Skrin 4 inci
512 RAM
4GB ROM
Kamera 2 Megapiksel
Android 4.2.2 Jelly Bean
Pemproses Dual-core 1.3 GHz
Bateri 1500mAh

Nak memudahkan lagi anda buat keputusan, Tuan Tanah cuma akan cerita kebaikan dan keburukannya sahaja ya? Senang tak payah nak buat ayat berbunga :D

KELEBIHAN

Perkara yang paling bagus tentang model ini adalah harganya. Dengan harga sekitar RM 260 untuk original set dari Lenovo, anda mampu memperoleh sebuah telefon pintar! Lepas tu pulak pemprosesnya cukup pantas, iaitu Dual-Core 1.3 GHz. Sedangkan jika membeli telefon jenama SAM**** sekalipun dengan harga yang sama, anda cuma dapat 850MHz atau paling tinggi 1GHz. Versi Android yang dipasangkan juga adalah terbaru iaitu Jellybean (jangan mengharap Kit Kat dengan harga serendah ini!).

KEKURANGAN

Lenovo ini Tuan Tanah rasakan agak menggunakan bateri yang banyak terutama ketika melayari internet. Tambahan lagi, baterinya cepat panas sehinggakan mencecah 40 C ketika bermain permainan yang sederhana kadar grafiknya.  Dan, untuk aplikasi di Google Play, ada sesetengah aplikasi tidak sesuai (not compatible) dengan model telefon ini. Contohnya, Instagram. APA? TAK ADA INSTAGRAM? Yaaa..tidak ada Instagram. Tak ada selfie dan tak ada Insta. Huhu. Bab kamera pula, usahlah dipertikaikan. Boleh dikatakan kamera 2MP model ini tidak setanding dengan telefon jenama lain. Cukuplah dikatakan kameranya hanya sekadar "kamera". Bagi skrin sentuhnya, maaf untuk dikatakan bahawa telefon ini tidak sesuai untuk mereka yang gemar ber"SMS" atau membalas mesej WeChat atau Whatsapp dengan pantas. Walaupun skrinnya besar, tetapi kadar respons skrinnya amat lambat. Tekan huruf lain, huruf lain yang keluar. Typo ajelah memanjang..hee

JADI,
dah nampak gambaran asas? Nampak macam banyak kekurangan dari kelebihan kan?
Oh tidak tidak..penilaian setiap orang adalah berbeza. Bagi saya, Lenovo A369i tetap ada kelebihan tersendiri terutama dari segi harga dan kepantasan. Tak rugi beli Lenovo. Kalau ada bajet lebih, cari model Lenovo lain yang ada Quad-Core atau pemproses Intel Atom. Atau ada lebih, beli iPhone atau Samsung yang insyaAllah kualiti tiada kompromi.

Buat pilihan bijak!

:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...