Hampir 6/10 komputer yang Tuan Tanah tengok tidak bijak "dikemas" oleh tuan punya komputer.
Pelbagai alasan diberi seperti;
"aku tak celik IT"
"aku tak reti nak servis"
"aku tak kisah pun"
Sebenarnya, jika anda dah menggunakan komputer, anda seharusnya celik IT.
Ibarat mereka yang dah ada lesen memandu, sudah tentulah tahu memandu kan? :)
Tak susah, sekadar tahu yang asas sahaja sudah cukup.
Di sini, Tuan Tanah nak kongsi sedikit sebanyak cara untuk menjaga komputer anda agar
tetap laju dan sentiasa beroperasi dengan lancar.
1) Gunakan Ccleaner
Ccleaner adalah perisian yang kecil dan mudah untuk membersihkan komputer daripada "sampah".
Ccleaner akan membuang segala jenis "junk files" yang sudah tidak diperlukan, mengemaskini
"registry", membuang "cookies" internet dan "internet cache".
Mereka yang sudah berbulan bulan melayari internet tetapi tak pernah membersihkan komputer,
pasti terkejut apabila menggunakan Ccleaner ini. Tahukah anda apabila kita melayari Youtube,
sebahagian saiz video itu akan disimpan dalam komputer kita sebagai sampah? Ini kerana Youtube menyimpan data tersebut secara sementara dalam komputer kita supaya pada masa akan datang, kita dapat melayari video yang sama dengan lebih pantas (disimpan sebagai cookies).
Jangan terkejut jika
anda melayari Youtube setiap hari dan apabila anda menggunakan Ccleaner, anda dapat ekstra
500-600 MB ruang kosong dalam komputer anda!
Download Ccleaner di sini : ccleaner
2) Jangan penuhkan desktop!!!
Ramai pengguna terutama pelajar atau pekerja sering meletakkan fail atau folder kerja mereka di desktop.
Kadang kadang sampai 30 fail microsoft words di desktop sampaikan menutup wallpaper.
Jangan begitu! Rajinkanlah kemas desktop dengan membuang perkara tak penting ataupun memasukkan
semua fail itu dalam satu folder. Terlalu banyak item di desktop menyebabkan Windows lambat untuk "startup".
3) Jangan penuhkan storan sistem!
Kebiasaannya, fail Windows yang penting akan disimpan di dalam storan berlabel C:
Jika komputer anda hanya mempunyai label C:, anda perlulah membuat partition atau membahagikan
storan itu kepada 2 atau lebih bahagian. Sekiranya anda hanya ada satu storan untuk meletakkan fail Windows dan disitulah jugak anda simpan lagu, gambar, movie, games, dan sebagainya, jangan pelik jika komputer anda selalu hang! Storan untuk sistem tidak seharusnya diganggu dengan fail lain kerana ia apabila pemproses sudah tidak mampu menggunakan RAM, ianya akan mengambil sedikit ruang kosong untuk digunakan sebagai memori tambahan! :)
4) Jangan buka terlalu banyak aplikasi pada satu waktu yang sama! (simultaneously)
Kalau dah tahu komputer anda tu "kurang pantas", usahlah dipaksa komputer tu bekerja. Buka "new tab" sampai 5 atau lebih laman web (Facebook, Twitter, Blog, Email, Youtube), pada masa sama buka video HD (definisi tinggi) cerita Runningman, sambil buat kerja Adobe Photoshop. Lepas tu tak tutup semua tu, dibukanya game PES 2014. Lepas tu merungut PES jadi "lag". -_-"
Banyak lagi tips tips yang ada untuk dikongsikan tetapi cukuplah setakat ini dahulu. Ada permintaan, Tuan Tanah kongsikan tips lain pula! :)
*pstt..nak baca blog pasal komputer? singgahlah sini
No comments:
Post a Comment