Lupakan seketika bahang pilihanraya. Ada bahang yang lebih panas bagi kebanyakan penuntut Diploma UiTM seluruh Malaysia. Apa itu? Haa. bahang hujung semester tentunya! :)
Waktu-waktu macam ini lah, banyak perkara luar biasa akan berlaku. Contoh?
1) Perpustakaan akan menjadi penuh. Para pelajar sibuk study di library. Pagi-pagi lagi dah penuh. Kalau waktu biasa, tengahari pun belum tentu penuh :)
2)Banyak baju-baju bersidai di ampaian. Kenapa? Semua dah ready nak pulang ke rumah untuk cuti hujung semester lah!
3)Ramai jadi pokai / tak ada duit. Kadang-kadang beli makan tengahari pakai duit syiling saja, itupun kutip-kutip atas lantai bilik. (Pengalaman sendiri semester lepas. Haha!)
4)Mi segera jadi santapan utama. Kenapa? Sama ada tak ada duit, atau malas nak turun ke kafe (sibuk study punya pasal lah!)
5)Masjid / surau akan penuh. Alhamdulillah. Ramai mulai sedar bila tiba musim peperiksaan. Harap-harapnya berkekalan sampai bila-bila.
6)Kedai-kedai luar universiti akan penuh, kerana kebanyakan pelajar bila baru lepas ambil subjek yang dianggap sukar, dia akan rasakan lega yang amat. So, untuk meraikannya? Makan di luar! :D
7)Orang rajin update blog. Kenapa? Kerana banyak masa senggang, terutama yang lambat start papernya (macam tuan blog ni!)
Itulah serba sedikit yang dapat diperhatikan. Universiti anda ada fenomena lain? Cuba kongsikan! ;)
No comments:
Post a Comment