Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Wednesday, March 27, 2013

Cinta!

Dah lama Tuan Tanah mencari cinta hati. Dalam mencari cinta hati itu, Tuan Tanah berpegang kepada dua prinsip;

1)Si dia menetap tak jauh dari rumah Tuan Tanah. Mungkin se-negeri lebih baik. Dapat pulang ke rumah orang tua selalu.

2)Si dia umurnya sebaya atau lebih tua dari Tuan Tanah. Tak rasa tertarik kepada yang lebih muda. Anggap mereka adik-adik sahaja.

Dan, Allah telah menentukan bahawa takdirnya lebih kuat. Apa yang Dia mahu jadikan, pasti jadi. Prinsip kedua telah Tuan Tanah korbankan. Cinta hati yang hadir, berumur kurang dari Tuan Tanah. Jodoh itu mampu menembusi mana-mana pintu prinsip paling kebal sekalipun.

Hati rasa terisi dan tiada lagi ruang kosong. Pandangan lebih terjaga. Atitud semakin baik. Makin matang dalam berfikir. Cinta hati telah banyak mengubah Tuan Tanah jadi lebih baik. Jadi, siapa kata cinta itu suatu perkara negatif?

Kepada awak tu, terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menghadirkan awak kepada saya. Harap semuanya berpanjangan sehingga awak menjadi yang Halal bagi saya.

Sayang awak :)

2 comments:

Anonymous said...

tahniah bro!.gua pun dah lalui situasi gini,memang indah jika sama2 bersikap jujur n setia pd yg satu.. :)tapi bercinta zaman sama2 study ni perlukan sedikit pengorbanan..kemewahan?..mmg xdpt nak beri pd pasangan tp alhamdulillah berkat niat kita yg baik, Allah permudahkan dan kini kami telah sah n halal wlaupun msh terus sibuk dgn pengajian.yeah! segala2nye jd baik.lebih bertggjwb of course.
TIPS..berterus teranglah dgn family dua2 pihak sejak dr mula kita berkawan n tunjukkan sikap matang..berkat restu n doa org tua pasti Allah redha..InsyaAllah Allah permudahkan!

Tuan Tanah Adib said...

InsyaAllah bro gua ingat pesan lu. hehehe. seriously bro lu dah kawin eh? dalam masa pengajian lagi? respek lu la :) kalau ada tips lagi kongsikanlah. btw gua masih study lagi pun, diploma, last semester :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...