Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Wednesday, February 13, 2013

Reviu Nokia X1-01


Haa.. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca dan pelayar blog Tuan Tanah.
Maaflah, jarang dapat update. Tak berkesempatan. Hehe.

Apa pun, Tuan Tanah nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Limau, limau jugak, tapi jangan sampai kembung perut yee.. Heheee :)

Ok lah, hari ini Tuan Tanah nak buat reviu mengenai telefon bimbit Nokia X1-01. Tuan Tanah baru beli telefon ni, tu yang rasa nak buat reviu tu.

Perkara pertama adalah mengenai harga. Harga telefon ini ketika Tuan Tanah beli adalah RM149. Pakej ini disertakan dengan telefon, fon suara (earphone), kad memori 4GB, dan pengecas. Kad waranti macam biasalah, harus ada! Tuan Tanah dapat set Zitron original. Telefon ni tak mahal pun. Kena dengan fungsinya.

Kedua, koneksi. Telefon ini TIDAK mempunyai sambungan internet, bluetooth, infrared, mahupun usb. Untuk pindahan data, anda perlukan pembaca kad memori (card reader).

Telefon ini juga tidak mempunyai kamera. Fungsi terbaik dalam telefon ini hanyalah pemain MP3. Dengan memori kad bersaiz besar, anda boleh masukkan beratus-ratus lagu! Juga, telefon ini walaupun murah, ia menggunakan sambungan fon kepala standard. Jadi, anda boleh pakai pelbagai jenis fon suara seperti Beats di telefon ini. Namun, tidak banyak pilihan untuk mod lagu. Tiada mod seperti "extra bass" dan "surround".

Baterinya tahan lama! Mungkin kerana tiada fungsi canggih, telefon ini dapat menjimatkan bateri. Satu lagi fungsi tambahan ialah ianya menyokong 2 kad sim, dan mempunyai lampu suluh!.

Kesimpulannya, Nokia X1 sesuai untuk mereka yang mahukan telefon murah tetapi masih boleh digunakan untuk membuat panggilan dan SMS.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...