Bahang pilihanraya umum ke-13 makin terasa. Pelbagai spekulasi liar mula menular.
"Bila nak bubar parlimen ni?"
"Semua ni mainan politik ni!"
"Kami akan tawan tempat itu!"
Fuh.. panasnya politik di Malaysia. Rata-rata penduduk Malaysia terutama bangsa Melayu gemar berpolitik. Ini tidak dapat disangkal, dan turut disokong mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
Di saat-saat inilah, makin ramai ahli politik "sambilan" yang muncul. Semua orang tak kira pekerja am, pencuci tandas, nelayan, pekerja eksekutif, menteri, kerabat, mahupun mahasiswa, akan mula bercerita tentang politik, walaupun mereka tidak pernah belajar langsung tentang ilmu politik.
Ramai sebenarnya ahli politik yang tiada ilmu politik. Mereka hanya bercakap kosong. Apabila ditanyakan mengenai sesuatu isu, mereka cenderung menyalahkan orang dari parti berlainan. Akhirnya, masalah tidak dapat diselesaikan. Rakyat yang menanggung derita.
Mahasiswa pula, antara kumpulan manusia yang paling terdedah dengan semua ini. Mereka mudah dipengaruh dan terpengaruh. Mereka antara kumpulan yang paling lantang bersuara. Iyalah, mentang-mentang berilmu kan? Mentang-mentang belajar undang-undang kan? Tapi, bila berbicara, menggunakan emosi sahaja. Konon memperjuangkan hak mahasiswa, walaupun, kewajipan belajar mereka entah ke mana!
Tuan Tanah mahu bersikap neutral dalam berbicara tentang politik ini. Tak perlu ditanya kecenderungan Tuan Tanah ke mana. Undi adalah rahsia. Ingat tu!
Kalau anda ada pendapat sendiri, sudi-sudilah komen ya! Mari kita berbicara dengan akal yang waras dan fakta yang tepat! :)
4 comments:
bagaimana kalau akk katakan mahasiswa itulah yg skor tiap kalinya...? bahkan result mereka itu lebih baik dr kita yg duk diam melihat dan berkata ttg mereka. xnafikan, tidak semua mereka tu result bagus, tp yg akk lihat berdasarkan buktinya, yg bgus tu lbh rmai :) tp tidaklah mereka itu smuanya bnr2 fhm apa mereka perjuangkan....
Ya, tak dinafikan mereka-mereka ini ramai yang cemerlang dalam akademik. Namun, kadangkala ketika belajar mereka cenderung membaca buku-buku ilmiah atau novel dari luar negara. Dan lambakan buku-buku ini rata-rata memperjuangkan sistem politik yang berbeza dari Malaysia. Jadi apabila mereka berpolitik, mereka suka mengaitkan politik di Malaysia dengan politik luar. Kadangkala apabila mereka memberi komen tentang politik Malaysia, mereka gemar memberi "quote" yang berasal dari luar negara. Sepatutnya ambillah "quote" dari ilmuan-ilmuan dan tokoh-tokoh Malaysia. Itu pendapat saya sahaja, kerana itulah yang saya amati dari persekitaran saya :)
hidup hidup! mahasiswa!hahaha
Macam kenal je laungan tu.. hahaha
Post a Comment