Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Thursday, March 28, 2013

Peperiksaan akhir, semester akhir!

Haish. Tak lama lagi peperiksaan akhir bagi pelajar diploma UiTM se-Malaysia akan bermula. Sebenarnya, dah dua tiga hari bermula, cuma subjek yang Tuan Tanah ambil belum bermula lagi. Berikut adalah subjek yang Tuan Tanah ambil;

1)PAD252

PAD252 adalah subjek Public Sector Quality Management. Subjek yang membincangkan tentang peranan kualiti dalam perkhidmatan awam. Subjek yang rasanya tidak sudah, cuma Tuan Tanah yang kurang memahaminya. Mungkin kerana kurang tumpuan dalam kelas? Tarikh peperiksaan adalah 12/4/2013.

2)PAD370

PAD370 adalah subjek Financial Administration. Subjek yang membincangkan tentang pentadbiran kewangan. Menyentuh perkara-perkara seperti percukaian, bajet kerajaan, perbelanjaan dan polisi kewangan kerajaan. Subjek yang perlukan pembacaan yang banyak. Tarikh peperiksaan adalah 7/4/2013

3)ACC106

ACC106 adalah subjek Financial Accounting. Ala, sama yang macam subjek Prinsip Perakaunan waktu tingkatan 4 dan 5 (SPM) dahulu. Cuma bezanya, ada sedikit pertambahan dan bahasa pengantar adalah Bahasa Inggeris. Ini subjek ulangan sebenarnya kerana Tuan Tanah pernah ambil dahulu tetapi gagal (huhuhu). Alhamdulillah kali ini dapat tangkap sedikit. Hehe. Tarikh peperiksaan adalah 8/4/2013

Para pembaca, doakan Tuan Tanah ya. Doakan Tuan Tanah dapat jawab peperiksaan akhir ini dengan berjaya. Ini semester akhir Tuan Tanah. InsyaAllah lepas ini jika ada rezeki, dapatlah menyambung pengajian ke ijazah sarjana muda pula. InsyaAllah. Amin... :)



*Ganbatte!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...