Tuan Tanah baru balik dari menghadiri Annual General
Meeting persatuan GEMA, UiTM Terengganu. Persatuan yang
pernah Tuan Tanah ketuai untuk satu semester.
Teringat masa mula masuk GEMA. Mula-mula dalam semester
satu, belum join lagi. Cuma masuk pertandingan nasyid yang
dianjurkan GEMA saja.
Masuk semester dua, Tuan Tanah dah mula aktif. Dah mula
berjinak-jinak dengan nasyid dan menguruskan organisasi.
Tapi, jadi orang bawah dulu la kan?
Semester tiga, memegang jawatan exco GEMA. Tugasan makin
berat dan dilantik pula memegang jawatan dalam acara.
Agak sukar, tapi bantuan senior-senior dan rakan lain
sangat membantu.
Semester empat, Tuan Tanah dilantik menjadi naib Yang DiPertua
bagi siswa. Persatuan ini persatuan kesenian Islam, dan
seharusnyalah memiliki wakil bagi siswa dan siswi. Kerja dan
tanggungjawab makin berat. Dilantik menjadi ahli majlis tertinggi
sering menjadikan diri sibuk dengan mesyuarat. Ditambah pula
dengan persembahan nasyid, tugasnya dua kali ganda lebih sukar.
Sekali lagi, kawan-kawan banyak membantu dari segi meringankan
tugas dan memberi motivasi.
Semester lima, memegang jawatan Pemangku Yang DiPertua. Yang
DiPertua ketika itu mengalami sedikit masalah peribadi namun
jawatan itu tidak dapat dilepaskan (kerana sistem perjawatan
yang berubah oleh Majlis Perwakilan Pelajar). Tanggungjawab
menjadi kurang berat kerana sudah biasa dengan jawatan atas.
People learn from past. Those not, may not an average people.
They might be alien from another planet!
Semester enam, sekadar menjadi mantan (bekas) sahaja. Tuan Tanah
dan senior-senior yang lain memberikan jawatan kami kepada
pelapis yang lebih muda. Kini kami hanya melihat adik-adik kami
membuat kertas kerja dan menyelesaikan masalah persatuan. Kami jadi
pemerhati sahaja. Kadangkala akan menegur jika mereka membuat salah.
Itulah lumrah manusia. Kadang di atas kadang di bawah.
Kita tak akan selamanya statik di atas.
GEMA will always in my heart.
GEMA selamanya~
*Pstt, GEMA tu apa ya? Haa, GEMA adalah singkatan bagi
Group Entertainment of Muslim Arts. Persatuan yang memperjuangkan
kebudayaan Islam di UiTM Terengganu.
No comments:
Post a Comment