Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Tuesday, December 18, 2012

Semester 6?

Mengikut pelan pengajian, Tuan Tanah sepatutnya sudah tamat pengajian
semester lepas (semester 5).
Namun, Tuan Tanah masih berada di universiti pada semester 6.
Kenapa? Bahasa mudahnya "extend" lah.
Tuan Tanah terpaksa memanjangkan tempoh pengajian untuk
satu semester lagi.

Oh, by the way, kepada sesiapa yang tak tahu apa jurusan Tuan Tanah,
Tuan Tanah mengabil jurusan Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Terengganu.
Memang sampai semester 5 saje.Tapi dek kerana malas (haha!) belajar sampai
repeat beberapa paper, maka memang Tuan Tanah dah ready untuk extend.

Alhamdulillah walaupun extend, Tuan Tanah masih dapat pinjaman PTPTN.
(Terima kasih PTPTN. Saya janji saya bayar balik tau!)

Ada sesetengah orang mungkin malu bila diri terpaksa extend. Yalah, kawan-
kawan lain yang masuk sekali (same batch) dah tamat pengajian dan
hanya tunggu masa untuk konvo. Kita masih pergi kelas dan ambil
peperiksaan. Pelik kan?

Kadangkala rasa sedih. Rasa menyesal pun ada tak belajar rajin-rajin dulu.
Tapi adalah lebih baik extend dari dismiss (dibuang) ye tak?
Lagipun, orang kata pointer pelajar extend ni lagi baik dari orang tak extend!
Betul ke? Tunggu dan lihat aje lah pointer Tuan Tanah macam mana nanti.

Harap-harap 3.00 ke atas :)

Good luck Tuan Tanah! :)



3 comments:

misteri said...

gudluck

Tuan Tanah Adib said...

tengkiu :))))

Anonymous said...

Salam Tuan Tanah. Nak tanye. Tuan tanah ni apply ptptn msa tuan tanah sem2 ke. Sy ni pn bakal plajar extend so curious la nk tahu still dpt pt ke idok. Still da baki lg kot sbb sy pn ambl pt wktu sem 2. Hope tuan tanah respond la eh wlaupn ni entry lma ��

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...