Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Monday, November 14, 2011

Tips : Kembalikan fail yang terkena virus "shortcut"

Assalamualaikum semua. Hari ni Tuan Tanah nak bagi tips, macam mana nak kembalikan fail-fail anda yang telah hilang disebabkan oleh virus "shortcut". Ramai pelajar universiti terkena virus ini.Ini kerana mereka sering bertukar-tukar dokumen melalui pemacu mudah alih (USB) dan secara tidak sedar mereka telah berkongsi menggunakan komputer yang dijangkiti virus ini.

Mereka yang terkena virus ini akan mendapati semua fail-fail dalam komputer/pemacu USB (biasa disebut sebagai thumbdrive) telah bertukar menjadi sejenis shortcut dan mereka tidak dapat membuka fail tersebut. Sebenarnya fail-fail ini tidak hilang. Cuma, kita perlu bijak untuk mendapatkannya semula. Nak tahu caranya? Ikuti langkah-langkah berikut:

1)Pertama sekali, imbas storan (USB) anda itu menggunakan antivirus. Pastikan virus itu dipadamkan terlebih dahulu. (Ingat! Sentiasa kemaskini antivirus anda!)

2)Buka "Start Menu"



3)Pada ruang "search program and files", taip "cmd" dan tekan ENTER



4)Kemudian, satu paparan hitam akan muncul.Ini adalah "cmd" yang anda taip tadi.Jangan takut ya!



5)Kemudian,taip kod ini: attrib -s -h /d /s f:*.*
Nampak tak huruf "f" di atas tu? Itu adalah direktori USB anda. Ianya berbeza
mengikut komputer. Boleh jadi huruf "j", "z", dan macam-macam lagi. Tak tahu huruf yang
mana? Tunggu dulu.. hehe



6)Dah taip? Tekan ENTER dan TAMAT. Cuba periksa isi kandungan USB/storan anda. Dah
dapat balik tak fail-fail anda tu? Kalau berjaya, baguslah. Kalau dah berjaya,
padam saja "shortcut-shortcut" yang lama itu. Kalau tak berjaya, cuba lagi. Jangan
lupa; tertinggal walau satu huruf pun dalam kod di atas, akan menyebabkan proses
ini tidak berjaya. (Jika yakin dah buat betul-betul tapi tidak berjaya, silakan
komen Tuan Tanah atau tulis di "chatbox".

7)Haaa..Berbalik kepada langkah 5 tadi, jika anda tak tahu huruf "f" tu nak gantikan
dengan apa, cuba periksa di "Computer" anda. (Ala, tempat yang ada lambang harddisk
banyak-banyak tu..Haha)


*Dalam gambar di atas, direktori "pendrive" Tuan Tanah adalah (G:)..Maka, Tuan Tanah perlu tukar huruf "f" dalam kod di atas dengan huruf "g". TUKAR HURUF SAHAJA tau!Jangan tukar benda lain!

Selamat mencuba! :)

4 comments:

Rempit Jiwang said...

terima kasih tuan tanah

Anonymous said...

sama-sama encik rempit jiwang..hahaha

Fadzreen Ayeen said...

thanks Tuan Tanah ! =)

Fadzreen Ayeen said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...