Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Sunday, November 13, 2011

Ramai tak bayar PTPTN!!

Sumber: Mingguan Malaysia 13 November 2011.



PTPTN: 69,573 diperintah bayar balik

TEMERLOH 12 Nov. - Seramai 69,573 pelajar yang meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diperintah agar membayar balik pinjaman mereka oleh mahkamah sehingga Oktober lepas.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamad Said berkata, jumlah itu antara 104,083 peminjam yang disaman kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.

"Tindakan mahkamah ini terpaksa dilakukan setelah pelajar terbabit gagal membayar balik pinjaman walaupun selepas dihubungi dan diberikan peringatan berkali-kali oleh PTPTN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bee Yong, Kerdau, hari ini.

Ismail, yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata, sehingga September lepas, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34 peratus berbanding RM6.2 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 8,143 pelajar yang disenarai hitam Jabatan Imigresen membayar balik pinjaman mereka membabitkan kutipan kira-kira RM146 juta.

Katanya, jumlah itu masih rendah berbanding 132,801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Sementara itu, beliau berkata, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kini mencecah RM456.02 juta membabitkan 1.03 juta penyimpan sehingga 30 Sept lepas. - BERNAMA


*Wahai peminjam tegar, tolonglah bayar balik pinjaman anda tu. Tindakan anda akan menyusahkan dan membebankan generasi muda! Ingatlah, perbuatan anda itu juga salah di sisi agama!

*Saranan: Tuan Tanah cadangkan supaya PTPTN lebih teliti dalam melihat maklumat peminjam baru. Kadangkala ada pelajar yang kaya dan mampu, tetapi dapat pinjaman pula. Sedangkan pelajar kurang berkemampuan tidak ditawarkan apa-apa pinjaman pun. Salurkan kepada yang berhak :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...