Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!
Showing posts with label google. Show all posts
Showing posts with label google. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Aplikasi Android pilihan!

Haaa.. Tuan Tanah yakin, mesti ramai di antara pembaca blog
ni yang pakai "smartphone" kan? Dan, rata-rata mesti pakai sistem
berasaskan Android kan?

*10 Markah untuk Tuan Tanah! Heheee

Kalau pakai Android tapi tak install aplikasi dalam phone, rasa
macam tak guna pulak pakai smartphone tu. Ada beratus ribu
aplikasi yang boleh dimuat turun dalam Google Play Store.
Tapi, hanya beberapa sahaja yang berjaya menambat hati Tuan Tanah.














Jom, Tuan Tanah kongsikan aplikasi mana yang digemari! :)

1)Go Launcher Ex-Kalau tak ada aplikasi ni, alamatnya tak meriahlah
phone Tuan Tanah. Go Launcher adalah aplikasi untuk mengubah tema
telefon anda. Ada banyak tema untuk dipilih!

2)Drag Racing-Memang best! Game lumba drag kereta yang buat Tuan
Tanah duduk mengadap telefon lebih dua jam tanpa henti. Very addicting!

3)Dragon Village-Permainan berasaskan RPG yang cukup menghiburkan.
Bela naga dan lihat ia membesar!

4)Hill Climb Racing-Satu lagi permainan yang mengasyikkan. Turun dan naik bukit
sepantas mungkin. Tetapi, harus berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan!

5)Speed Test (By Ookla)-Aplikasi untuk mengetahui selaju mana sambungan
internet anda.

6)Lomo Camera-Tangkap gambar menggunakan efek-efek menarik seperti kamera
lomograf! (Ala, yang pakai filem tu..).

Dan banyak lagi sebenarnya, tapi inilah enam aplikasi teratas. Anda ada pilihan sendiri?
Kongsikan di ruangan komen! Selamat berANDROID! :)

*Al-Fatihah diucapkan kepada abang seorang rakan Tuan Tanah yang baru-baru ini
meninggal dunia kerana kemalangan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...