Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!
Showing posts with label aplikasi. Show all posts
Showing posts with label aplikasi. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Aplikasi Android pilihan!

Haaa.. Tuan Tanah yakin, mesti ramai di antara pembaca blog
ni yang pakai "smartphone" kan? Dan, rata-rata mesti pakai sistem
berasaskan Android kan?

*10 Markah untuk Tuan Tanah! Heheee

Kalau pakai Android tapi tak install aplikasi dalam phone, rasa
macam tak guna pulak pakai smartphone tu. Ada beratus ribu
aplikasi yang boleh dimuat turun dalam Google Play Store.
Tapi, hanya beberapa sahaja yang berjaya menambat hati Tuan Tanah.














Jom, Tuan Tanah kongsikan aplikasi mana yang digemari! :)

1)Go Launcher Ex-Kalau tak ada aplikasi ni, alamatnya tak meriahlah
phone Tuan Tanah. Go Launcher adalah aplikasi untuk mengubah tema
telefon anda. Ada banyak tema untuk dipilih!

2)Drag Racing-Memang best! Game lumba drag kereta yang buat Tuan
Tanah duduk mengadap telefon lebih dua jam tanpa henti. Very addicting!

3)Dragon Village-Permainan berasaskan RPG yang cukup menghiburkan.
Bela naga dan lihat ia membesar!

4)Hill Climb Racing-Satu lagi permainan yang mengasyikkan. Turun dan naik bukit
sepantas mungkin. Tetapi, harus berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan!

5)Speed Test (By Ookla)-Aplikasi untuk mengetahui selaju mana sambungan
internet anda.

6)Lomo Camera-Tangkap gambar menggunakan efek-efek menarik seperti kamera
lomograf! (Ala, yang pakai filem tu..).

Dan banyak lagi sebenarnya, tapi inilah enam aplikasi teratas. Anda ada pilihan sendiri?
Kongsikan di ruangan komen! Selamat berANDROID! :)

*Al-Fatihah diucapkan kepada abang seorang rakan Tuan Tanah yang baru-baru ini
meninggal dunia kerana kemalangan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Thursday, March 29, 2012

My own application! Hehee

Assalamualaikum.

Haa. Hari ni Tuan Tanah nak kongsi dengan semua aplikasi komputer yang Tuan Tanah
buat guna perisian "Visual Basic 6.0". Visual basic dicipta untuk memudahkan pembina aplikasi atau perisian membina aplikasi idaman mereka tanpa perlu proses "coding" yang banyak.

Aplikasi yang Tuan Tanah buat pada kali ini adalah dipanggil Adrenaline Hidden File Unlocker.



Aplikasi ini berfungsi untuk "unhidde" fail atau folder yang disorokkan oleh virus.
Ianya lebih dikenali sebagai virus "shortcut"
Dah banyak kali cerita pasal virus ni kan? Hehe

Versi terbaru adalah v0.7
Aplikasi ni ringkas saje, so tak payah lah nak harap Tuan Tanah kongsikan software yang hebat-hebat ye.
Dan jangan salahkan Tuan Tanah jika perisian ni tak berkesan atau ada banyak pepijat (bug) dalam perisian ni.
Tuan Tanah pun baru je nak belajar programming. Hehe.

Cubalah download dan try perisian ni.

Link download Adrenaline Hidden File Unlocker:
http://adf.ly/6o1pZ
(Adrenaline Hidden File Unlocker v0.7)

*klik "skip ad" tau!

=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...