Sepanjang cuti semester ini, banyak perkara Tuan Tanah dah lakukan dan Tuan Tanah pelajari.
Semester ini,
azam baru Tuan Tanah,
mahu belajar dengan lebih tekun,
meninggalkan perkara yang sia-sia,
utamakan pelajaran,
berusaha untuk menyimpan sebanyak mungkin,
berjimat cermat,
menambah pendapatan,
dan berusaha untuk mendapat cinta yang halal.
"Cinta Yang Halal"
Iaitu berusaha untuk mempersiapkan diri,
untuk ke peringkat seterusnya.
Tak elok bercinta tanpa ada niat untuk memperisterikan seseorang,
dan perkahwinan itu perlu disegerakan.
Taknak ke setiap yang kita lakukan bersama isteri dapat pahala?
Tak mahu lebih dimurahkan rezeki oleh Allah?
Tak mahu belajar rasa lebih bertanggungjawab?
Tak mahu merasai kemanisan rumahtangga?
Siapa tak mahu kan? :)
Tidak terlalu awal untuk bersedia dari sekarang.
Tuan Tanah sendiri bukan terlalu muda.
*perut pun sudah macam bapak orang!*
Kalau masih belajar pun, masih boleh persiapkan diri.
Kumpul duit sedikit,
cari ilmu,
jaga diri.
Tapi jangan abaikan pelajaran!
Ini peringatan untuk Tuan Tanah.
Dan anda semua juga.
Mana yang baik datang dari Allah,
yang buruk itu mungkin dari tangan yang menulis ini.
Oh ya, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!
#prayforgaza #prayforIslam #prayforMH17 #prayforMH370
takde motif letak gambar ni. saje je sebab Tuan Tanah lapar :( |
No comments:
Post a Comment