Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Monday, January 20, 2014

Bye-bye semester 3, hello semester 4!

Fuhhhh..berakhir sudah semester 3 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pentadbiran UiTM Shah Alam..

Lepas ni semester 4 akan berpindah ke kampus UiTM Seremban 3 pula.

Satu semester berada di kampus induk UiTM pelbagai kisah suka duka telah aku hadapi. Ape komen aku tentang Shah Alam? Haaa..aku akan bandingkan dengan kampus lama aku di UiTM Dungun (semasa diploma)

1) Kadar sosial
Kadar sosial di Shah Alam adalah lebih tinggi jika nak dibandingkan dengan Dungun. Biasalah, bandar kan? Fast food depan kampus. Kedai Mamak bersepah. Keluar tengah malam rilekkk aje. Kalau Dungun? McD nun jauhhhh di bandar. Kedai mamak? Susah weyy nak jumpe (ade ke??). Keluar tengah malam? Aisehhh..balik kampus lepas pukul 11 malam pun dah jadi satu hal.

2) Makanan
Pilihan makanan di Shah Alam tersaaangatlah banyak! Food court bersepah, harga berpatutan, aneka pilihan. Cakap je nak ape, semua ade! Harga pulak berpatutan. Biasalah, saingan banyak kan. So harga kenalah setanding :)

3)Kemudahan
Fuhh..library UiTM Shah Alam memang best! Buku banyak, bukak 24 JAM! Selesa, siap ade UniFi lagi! Ehh..rase nak tidooo je kat library tu :D

Hahaha..sekian dulu buat waktu nii..akan menulis lagi insyaAllah :)



















*bagaimana agaknye kampus baru ni ey? hmm.. :/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...