Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Friday, March 29, 2013

Kanak-kanak dan solat Jumaat

Satu situasi yang paling menjengkelkan ketika solat Jumaat adalah
bunyi bising kanak-kanak ketika khutbah dibacakan. Kadang-
kadang rasa sakit hati. Nak tegur tak boleh.

Mereka ini sepatutnya diajar supaya beradab ketika khutbah dibacakan.
Takkan mak ayah tak ajar? Kalau benar, salahkan mak ayahnya. Jika
dah diajar tapi masih degil, apalah nak dikata lagi. Mungkin bagaimana
acuan, begitulah kuihnya.

Budak-budak ni kalau dah besar nanti, mesti dia tahu rasanya diganggu
bunyi bising ketika khutbah. Pasti menyesal kerana buat perkara sebegitu
ketika kecil..

Jangan dimanjakan sangat anak-anak kita. Kalau dah tahu anak-anak tu nakal,
asuh solat di rumah dahulu. Para bapa jadilah imam. Lakukan solat berjemaah
di rumah. Bila anak dah besar sikit barulah diajar ke surau dan masjid. Don't
make things escalated too quickly.

Ajar anak-anak anda beradab. Ibu bapalah pencorak peribadi mereka.


2 comments:

Anonymous said...

Didikan merupakan satu proses berterusan..dan menyekat kanak-kanak daripada datang ke masjid atas alasan bising bukanlah satu idea atau saranan yang bijak dan matang. seharusnya tuan memberikan satu solusi yang lebih bersifat mesra kanak-kanak dgn masjid..kerana mereka pelapis akan datang..jika mereka dijauhkan dari masjid diusia kanak-kanak susah bagi mereka untuk terikat d masjid di usia dewasa kelak,.

Tuan Tanah Adib said...

seperti yang saya katakan, asuh lah di rumah dahulu.. dan pesan kepada mereka. ceritakan yang masjid bukan tempat bersembang hal-hal dunia. bukan sekadar tempat berjumpa dan lepak bersama rakan-rakan. ianya tempat untuk mengeratkan silaturrahim. jangan cemarkan imej masjid dengan imej kedai kopi..bukan menghalang kanak-kanak dari ke masjid..ya, mereka pelapis, tapi latih dari rumah dahulu..seperti kanak2 tadika..mereka memang pelapis pendidikan negara.. tapi jika tidak diajar dari tadika, masakan mereka dapat belajar terus ke tahap rendah dan menengah? pendidikan dan pendedahan awal itu penting. saya tidak pernah sekali menghalang kanak-kanak ke masjid jika niat mereka memang untuk beribadah. kalaulah mereka dibawa ke masjid pada usia muda. dan datang sekadar bersembang2.. sudah pasti mereka besar nnt mungkin akan selalu ke masjid, tapi ada kah mereka bersolat? mungkin ya. mungkin tidak. ingat tuan, mencegah lebih baik dari mengubati. saya tekankan lagi, pendedahan awal sedari kecil itu penting, terutama ketika anak2 kecik itu sudah mulai berkawan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...