Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Thursday, December 20, 2012

Apa pentingnya blog?

Bila Tuan Tanah login Blogger untuk post entri baru,
kebetulan kawan Tuan Tanah berada di belakang.

(Loghat Terengganu)
"Eh, mu ade blog op?" (Kau ada blog eh?)
"Eh, ce mu follow aku" (Cuba kau follow aku)
"Mu wak nape blog ni?" (Kenapa kau buat blog ni?)

Hehe. Ada banyak sebabnya blog ini penting. Tapi, ianya bergantung
kepada tujuan penulis blog itu sendiri. Dalam entri kali ini, Tuan Tanah nak
berkongsi antara sebab-sebab kenapa seseorang itu tulis blog.

1)Untuk menambah pendapatan. Macam mana? Biasanya penulis blog
jana pendapatan tambahan dengan menyertai pengiklan online seperti Nuffnang.
Dengan menyertainya, iklan akan diletak pada blog tersebut. Lagi banyak pelawat
klik iklan tersebut, lagi banyak hasilnya. Tapi, pendapatan tu bergantung kepada
kerajinan penulis blog mengemaskini (update) dan mencari followers serta
trafik baru.

2)Luahan perasaan. Ramai orang tulis blog kerana nak luahkan perasaan mereka.
Yalah, kalau tulis kat Facebook, nampak macam public sangat kan? So, mereka
tulis sahaja di blog. Lagipun di blog boleh tulis panjang-panjang :)

3)Sebagai perniagaan. Sekarang makin ramai menjalankan perniagaan online melalui
blog dan laman web. Senang saja. Pamerkan barang yang nak dijual beserta harga
Lepas tu, bungkus barang tu dan poskan kepada si pembeli. Mudah kan?
Si penjual tak perlu bayar sewa kedai dan si pembeli tak payah keluar pergi kedai!

4)Sebagai portal akademik. Ramai intelektual menulis artikel untuk dimuatkan 
dalam blog mereka. Artikel ini pula, boleh digunakan orang lain sebagai sumber rujukan
akademik bagi mereka. Tak rugi berkongsi ilmu.

5)Sebagai medium dakwah. Mungkin ramai yang segan untuk berdakwah secara terang-
terangan seperti mengikuti jemaah tabligh dan sebagainya. Apa kata gunakan blog untuk
tujuan ini? Masukkan entri-entri seperti kata-kata hikmah, potongan hadith dan ayat
Al-Quran beserta terjemahan dalam blog anda. InsyaAllah pahala akan anda raih. Tetapi
ingat, setiap amalan bergantung kepada niat! :)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...