Tuan Tanah nak kongsikan dengan semua,
serba sedikit tentang Tuan Tanah.
Kali ini tentang makanan. Hehe
1)Tuan Tanah suka makan bawang putih. Boleh makan bawang putih tanpa dimasak dahulu.
2)Tuan Tanah tak suka kacang panjang, kacang buncis, taugeh,bendi, petola, peria.
3)Tuan Tanah suka makan makanan pedas macam cili api, sambal belacan dan lain-lain.
4)Dalam seminggu, biasanya mesti kena ada makanan pedas/berasaskan cili. Tuan Tanah hanya makan sup seminggu sekali.
5)Tuan Tanah tak berapa sesuai makan dalam kumpulan, pasal Tuan Tanah terlalu kerap berpeluh.
6)Minuman kegemaran adalah Teh O. Tak berapa suka minum kopi dan susu.
7)Tuan Tanah tak berapa suka makan aiskrim pasal ada gigi sensitif.
8)Kalau lapar, Tuan Tanah lebih rela tidur dari memasak. Haha.
9)Makanan segera yang paling Tuan Tanah gemar adalah McDonalds. Dari kecil lagi dah makan McDonalds.
10)Tuan Tanah suka menghabiskan duit untuk makanan. Lebih 5/10 perbelanjaan Tuan Tanah di universiti adalah untuk makan sahaja dengan purata perbelanjaan makanan RM10/hari.
11)Tak suka makanan yang terlalu manis. Suka makanan yang sedikit masin kerana masin itu adalah perasa.
12)Suka makan sambil tengok TV. Selagi tak ada saluran TV yang best di Astro, Tuan Tanah takkan mula makan.
:)
1 comment:
kuatnya berpantang...bgus2 demi kesihatan
Post a Comment