Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Monday, April 2, 2012

Carta TOP 7 permainan sewaktu sekolah rendah! :)

Haa...korang semua pernah pergi sekolah rendah kan?
Dan waktu tu sudah semestinya lah kan, korang semua masih
ada naluri ke "kanak-kanakan" kan?

Kanak-kanak takkan main iPhone, takkan main henset (masa dulu la).
Kami (Tuan Tanah dan rakan-rakan sebaya) main benda lain.

Apa yang kami main?

Jom tengok!

#1 : Kereta mainan TAMIYA

Kereta TAMIYA terletak di carta teratas. Kereta mainan ini digerakkan oleh 2 biji bateri dan biasanya kami berlumba untuk tengok kereta siapa paling laju. Kereta mainan ni senang nak dimodified. Boleh tukar tayar (getah, span, etc). Boleh tukar enjin. Macam2 la.
Kenapa no 1? Haa, pasal banyak dah duit habis waktu musim TAMIYA ni dulu. Beli bateri, beli enjin power, tukar cover.. Huhu.. Memang musim TAMIYA adalah musim terbest!!!

#2 : Beyblade (gasing laa)

Beyblade ni sebenarnya gasing, tapi versi yang moden la.. Dengan Beyblade, lagi syiok woo. Beyblade boleh dimodified dengan memasang besi "batu api". Hasilnya, bila berlaga dengan Beyblade lain, mesti ada api! Wohoo.. Banyak jugak perbelanjaan main Beyblade ni. Beli gasing, beli "badge" dia, beli tempat lawan. :)

#3 : Pistol manik

Haha. Gambar pistol manik takleh taruk, takut salah di sisi undang2 pulak.
Tapi, pistol manik ni rupanya macam pistol betul, just ringan (coz diperbuat dari plastik) dan pelurunya adalah manik. Waktu musim pistol manik, macam2 jenis ada. Pistol, senapang, shotgun pun ada. Yang paling best, adalah pistol manik dari Siam/Thailand pasal tembakannya kuat dan berat. Yang tak bestnya, bila dah kene tembak, konmpom lebam. Sakit woooo. Tuan Tanah pernah benjol kepala kene tembak. Woo.

#4 : Kad "Yu-Gi-Oh!"

Kad Yu Gi Oh ni adalah permainan kad di mana banyak karakter yang kebanyakannya adalah raksasa (monster) bertarung untuk melihat siapa yang ada "deck" paling kuat. Ramai mampu untuk main permainan ni pasal banyak kad tiruan yang ada jual kat kedai2 buku time tu (hehe). Setiap kad ada raksasa yang mempunyai nilai serangan, nilai pertahanan dan keunikan sendiri.

#5 : Kad Pokemon

Haa. Ni lagi satu permainan kad yang popular. Kad POKEMON! Ianya di tangga ke lima pasal kad ni agak sedikit mahal dari kad Yu Gi Oh. Lagipun permainannya agak susah nak difahami dan tak berapa nak popular sangat. Musimnya pun tak lama.

#6 : Digivice

Digivice ni kiranya macam Tamagotchi la, cuma haiwan2 dalam Digivice ni terdiri daripada karakter2 cerita DIGIMON. Best main mende ni. Kita perlu selalu GONCANG2 untuk membesarkan dia, bagi makan, bagi latihan, tidurkan, dan bila dah cukup besar, kita boleh BERTARUNG dengan DIGIVICE lain. Best!. Cuma, Digivice ni agak sedikit mahal, dan hanya layak berada di tempat ke enam.

#7 : Gameboy (Gameboy,Gameboy Colour)

Haa. Ini antara permainan kegemaran Tuan Tanah terutama bila peperiksaan akhir tahun dah habis dan kami semua diberi sedikit "kelonggaran" untuk melakukan aktiviti bebas dan membawa permainan ke sekolah. Gameboy ni best pasal banyak game boleh dimain. Lebih2 lagi Gameboy Colour, lagi best. Game Spiderman, game Pokemon.

Malangnya, permainan konsol ini mahal, dan hanya yang berkemampuan je yang ada. Tuan Tanah pun hanya mampu pinjam kawan punya je.Kerana itulah Gameboy hanya mampu berada di tempat tercorot.....

Korang punya permainan macam mana? Kongsikan dekat ruangan komen! :)








4 comments:

Sya Syazana said...

HAHA, yoyo takde?

Tuan Tanah Adib said...

ALAMAK! Terlupa yoyo pulak... wwuwuuwuw...

Fujiwara said...

semua game boy ~ haha.

Tuan Tanah Adib said...

hahaha.. game boy.. :)
rindu nak maen gameboy dulu2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...