Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Saturday, October 8, 2011

Carta Top 5 Aktiviti Pelajar

Haa..hari ini Tuan Tanah nak berkongsi top 5 aktiviti-aktiviti yang selalu dilakukan oleh pelajar universiti.Kalau kat universiti lain, tak tau la..tapi ini yang Tuan Tanah dapat perhatikan berlaku di tempat pengajian Tuan Tanah sendiri. =)

TOP 5 AKTIVITI PELAJAR SEMASA BOSAN

1)Menonton "movie" yang baru disedut melalui "external hard disk" member yang lain. Kalau dapat movie yang baru keluar kat wayang, memang terus melekat depan laptop la..Hehe

2)Pinjam "broadband" member (atau guna sendiri punya bagi yang ada) dan bukak laman web "Facebook" ataupun update blog....Paling koman pun bukak "YouTube" dan laman berita online.Berita semasa itu penting (terutama student yang belajar politik, macam saye) =)

3)Ajak member keluar lepak ke mana-mana empat selain daripada bilik. Dah jumpe, sembang-sembang kosong dari tengahari sampai maghrib.Cerita dari topik pensyarah garang, classmate lawa, sampai la luahan perasaan.Semua ada.

4)Bukak laptop, main game. Lagi hebat, bukak laptop, buat sambungan "LAN" (local area network) dan main game secara beramai-ramai (multiplayer) dengan member-member bilik sebelah. Nice :P

5)Membuat assignment last minute secara beramai-ramai.Untuk sustain, hanya perlukan nescafe@kopi dan konfem tak tidur malam tu.Hehe

3 comments:

Cik tikah said...

normal.haha.. :p

Tuan Tanah Adib said...

haha..siswi pun buat begitu kah? :D

fatin said...

lebih kurang laa :DD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...