Jana Income Dalam USD!

Jana Income Dalam USD!
Tak Perlu Risau Tentang Ringgit Malaysia!

Wednesday, December 1, 2010

Oh Anak-anakku

Kali ni,Tuan Tanah mau tulis perkara yang serius.Huhu~

Artikel ini ditulis oleh Tuan Tanah sendiri.

Ada yang terasa?Maafkan Tuan Tanah... :)


Kadangkala rasa terkilan dalam hati,melihat kaca televisyen yang sarat dengan rancangan realiti.Lebih-lebih lagi dengan kemunculan rancangan realiti yang melibatkan kanak-kanak, yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan.Pada fikiran saya,perlukah membuat rancangan dengan alasan “mencungkil bakat muda”?.Tak perlu, pada fikiran saya.

Menari sana,menyanyi sini,terkinja-kinja di situ.Perlakuan tak ubah seperti orang cukup umur.Ibu bapa mereka biarkan sahaja?Wah,anak-anak yang dikatakan sebagai bakal pemimpin negara pada masa hadapan,adalah penyanyi dan penari pada masa kini!Sungguh tak kena.

Penonton di rumah pula hanya mampu menganga dan kagum dengan persembahan mereka.Sungguh berbakat mungkin di fikiran minda-minda kolot ini?Melihat pelapis negara lebih gemar berhibur dari berpidato?

Buka helaian suratkhabar,cerita mereka lagi.Pencarian bakat muda kanak-kanak.Kamilah Bintang,Idola Kecil…Hampir semua saluran televisyen swasta mahupun berbayar ada rancangan kanak-kanak sendiri.Kejar ‘rating’ lebih baik dari beri pendidikan kepada anak-anak muda ini kan?

Tidaklah saya menulis untuk menghalang mana-mana syarikat penyiaran menerbitkan lagi rancangan realiti kanak-kanak.Tapi sekadar mempertikaikan,adakah relevan kewujudannya?Sepatutnya perbanyakkan rancangan seperti ‘Adik-adikku’ yang mengajar peserta ciliknya berpidato dan tilawah Al-Quran.Ini kerana input yang baik akan mengeluarkan output yang lebih baik!Syabas kepada mereka yang terlibat.Semoga mereka inilah yang benar-benar menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.Pemimpin yang bijak bermadah dan penuh dengan ilmu pengetahuan.Bukan seorang penyanyi!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...